Kajian Baharu : Mengambil Cannabis Sebelum Minum Alkohol Mengurangkan Pengambilan Alkohol dengan Ketara





Cannabis sebagai Alat Pengurangan Bahaya?

Jika ada keperluan untuk mengurangkan pengambilan alkohol, cannabis boleh menjadi alat pengurangan bahaya yang hebat!

Kajian Baru Menyimpulkan Pengambilan Ganja Sebelum Minum Alkohol Boleh Kurangkan Pengambilan Alkohol.

Ramai perokok cannabis berpengalaman dan peminum alkohol menikmati gabungan kedua-dua bahan tersebut bersama.

Terdapat pelbagai sebab mengapa sesetengah orang memilih untuk mencampurkan ganja dengan alkohol. Bagi mereka yang mengalami anxiety sosial, mengambil ganja sebelum menghadiri majlis di mana seseorang perlu minum dan bergaul boleh membantu mengurangkan rasa cemas dan membuatnya lebih selesa dalam suasana sosial. Lagipun, ganja memang terkenal dengan kemampuannya untuk menenangkan individu, terutamanya apabila diambil dalam dos yang betul.

Cannabis juga boleh membantu meningkatkan atau mengubah pengalaman 'buzz' yang seseorang boleh dapatkan daripada penggunaan ganja. Kedua-dua bahan ini berinteraksi secara sinergi dalam badan kita. Badan boleh menyerap lebih banyak THC apabila alkohol telah diminum. Namun, jika seseorang merokok cannabis terlebih dahulu dan kemudian minum alkohol, ia juga boleh memberikan pengalaman asyik/euforia yang menarik.







Merokok Ganja Sebelum Minum Boleh Mengurangkan Pengambilan Alkohol

Kini, kajian menunjukkan bahawa menghisap ganja diikuti dengan minum alkohol boleh menyebabkan seseorang kurang minum. Ini adalah berita baik untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan alkohol mereka.

Menurut penyelidik dari Colorado State University, para peserta kajian melaporkan bahawa keinginan mereka untuk minum alkohol berkurangan dan mereka juga minum alkohol dengan kadar yang berkurangan selepas mengambil ganja. Kajian ini, yang hasilnya diterbitkan dalam jurnal perubatan Drug and Alcohol Dependence, melibatkan pemberian minuman beralkohol setiap 15 minit dalam sesi berdurasi 1 jam kepada peserta. Dalam sesi di mana mereka dibenarkan mengambil ganja sebelum sesi bermula, didapati bahawa pengambilan minuman beralkohol oleh peserta berkurang sebanyak 25%.

Kami menjalankan ujian untuk melihat sama ada cannabis boleh menggantikan alkohol dalam kalangan orang dewasa yang kerap minum alkohol dan menggunakan cannabis. Seperti yang kami jangkakan, penggunaan cannabis sebelum mengambil alkohol secara ketara mengurangkan pengambilan alkohol berbanding apabila alkohol diambil tanpa cannabis,” kata para penyelidik. “Selain itu, kami mendapati terdapat kecenderungan pengurangan mendadak dalam keinginan terhadap alkohol selepas penggunaan bersama cannabis dan alkohol berbanding hanya mengambil alkohol sahaja,” mereka menulis. Mereka juga menambah bahawa pengurangan keinginan ini mungkin berlaku kerana cannabis digunakan sebagai pengganti alkohol.

"Penemuan ini memberikan sokongan kepada idea bahawa cannabis yang dijual secara sah boleh menjadi pengganti kepada alkohol bagi sesetengah individu yang kerap minum secara berlebihan," mereka menyimpulkan.







Penemuan Berkaitan

Terdapat penemuan serupa dari kajian lain juga.

Sebagai contoh, satu kajian pada tahun 2024 dari New Zealand telah menilai maklum balas daripada satu tinjauan dalam talian. Tinjauan ini melibatkan 23,500 peserta yang mempunyai sejarah penggunaan ganja serta bahan lain. Mereka ditanya tentang penggunaan cannabis dan kesannya terhadap bahan lain. Hasilnya, didapati bahawa menggantikan ganja adalah perkara biasa. Ini kerana 60% daripada responden melaporkan bahawa "menggunakan cannabis menyebabkan pengurangan dalam pengambilan alkohol."

Sementara itu, lebih 40% responden mengakui menggantikan ganja dengan morfin manakala 40% juga menggunakan ganja sebagai ganti untuk methamphetamine. Penggantian juga biasa berlaku untuk tembakau.

Dalam tinjauan kami, sebilangan besar individu yang menggunakan cannabis melaporkan bahawa penggunaan cannabis membantu mengurangkan pengambilan alkohol dan methamphetamine. Penulis kajian menyimpulkan bahawa kesan penggantian ini konsisten dengan penurunan penggunaan jenis dadah lain dalam kumpulan ini. Mereka menulis bahawa cannabis mungkin sesuai digunakan oleh individu yang tidak mahu atau tidak mampu berhenti sepenuhnya daripada menggunakan bahan lain.

Tambahan pula, terdapat kajian pemerhatian yang menunjukkan penurunan dalam pengambilan alkohol pada hari mereka juga mengambil ganja.







Ingin Kurangkan Alkohol? Ganja Boleh Bantu!

Penggunaan cannabis sebagai alat pengurangan kemudaratan boleh memberikan manfaat kepada ramai individu yang ingin menangani ketagihan mereka terhadap alkohol dan bahan lain. Semakin banyak kajian, seperti yang disebutkan di atas, menunjukkan potensi sebenar cannabis sebagai pengganti semula jadi yang lebih selamat dan sihat untuk alkohol. Ia juga boleh mengurangkan keinginan, membantu mengurangkan pengambilan keseluruhan, dan menjadikan tabiat minum kurang merosakkan.

Ini penting kerana :

Pengurangan keinginan untuk minum alkohol boleh membawa kepada penurunan dalam pengambilan alkohol. Oleh kerana cannabinoid telah menunjukkan potensi untuk mengurangkan keinginan terhadap alkohol, peminum tegar atau sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan kebergantungan mereka terhadap alkohol boleh bergantung kepada cannabis. Ia boleh membantu menggantikan keinginan atau dorongan untuk minum, terutamanya jika keinginan tersebut berkait rapat dengan tindak balas tekanan.

Cannabis lebih selamat : Fakta menunjukkan bahawa alkohol adalah bahan beracun yang boleh membahayakan tubuh manusia. Ia boleh menyebabkan kanser dan kerosakan hati, antara lain, dan pengambilan alkohol boleh membawa kepada overdosis dan kemalangan jalan raya. Namun, menggantikan alkohol dengan cannabis dapat mengurangkan risiko-risiko ini dengan ketara. Anda masih boleh menikmati masa santai tanpa menjejaskan kesihatan atau membahayakan orang lain.

Faedah beberapa bahan : Menggunakan Ganja sebagai gantian/subtitute bukan sahaja berkesan untuk alkohol, tetapi juga boleh membantu mereka yang ingin menggantikan atau mengurangkan penggunaan opioid, bergantung kepada keadaan individu. Cannabis juga telah terbukti bermanfaat untuk mereka yang ingin berhenti daripada tembakau dan methamphetamine. Penting untuk kita tekankan bahawa sesiapa yang ingin berhenti menggunakan cannabis perlu melakukannya di bawah pengawasan perubatan yang rapi. Ini kerana, proses berhenti penggunaan boleh menyebabkan simptom psikologi yang serius dan boleh membahayakan individu tersebut.







Kesimpulan

Cannabis adalah alat revolusioner yang berpotensi untuk mentakrifkan semula bagaimana pengurangan bahaya dapat dilihat dalam era moden ini. Daripada mengamalkan pantang larang yang ketat atau menggunakan pendekatan hukuman, mengintegrasikan cannabis ke dalam gaya hidup seseorang menawarkan pendekatan yang lebih lembut dan selamat, yang juga disokong oleh sains.

Memandangkan cannabis berinteraksi dengan sistem endocannabinoid dalam badan kita, ia boleh membantu kita mengawal mood, tekanan, tidur, dan mekanisme ganjaran dengan berkesan. Semua ini memainkan peranan penting dalam memberikan kelegaan semula jadi terhadap keinginan atau dorongan tanpa risiko berlebihan atau kerosakan kesihatan yang sama seperti bahan lain, termasuk alkohol.

Bagi ramai yang bergantung pada bahan, cannabis boleh menjadi jambatan penting yang mengubah mereka dari ketergantungan kepada kawalan.



Post a Comment

To Top