About Us

Malaya Hemp™ lahir daripada cita-cita dan pengalaman pasangan suami isteri, Abdul Halim Mohd Pauzi dan Nurul Ain Sahbudin, yang berjuang sejak tahun 2017 untuk memperkenalkan kajian saintifik dan pendidikan awam tentang potensi hemp & CBD kepada masyarakat Melayu dan Malaysia.

Dengan visi untuk memperkenalkan potensi sebenar hemp dan cannabis dalam bidang kesihatan, pendidikan, dan ekonomi halal di dunia Melayu.

Kami menetap di Manchester, United Kingdom, dan beroperasi di bawah rangkaian persatuan rasmi Eropah (CTA UK & EIHA). Malaya Hemp™ muncul sebagai salah satu usaha anak Melayu pertama yang berjaya mendapatkan lesen sah kerajaan UK untuk mengusahakan produk berasaskan hemp.

Dr. Nurul Ain, merupakan seorang akademik. Beliau menamatkan pengajian PhD dalam bidang Education di University of Manchester, dan sepanjang hidupnya sentiasa percaya bahawa ilmu mesti digabung dengan amal. Sementara aku sendiri datang daripada latar belakang perniagaan, sering mencari ruang baru untuk menghubungkan antara tradisi dan dunia moden.

Pada tahun 2017, kami melangkah masuk ke satu bidang yang penuh cabaran tetapi kaya dengan potensi: industri hemp dan cannabis di United Kingdom. Melalui proses panjang dan penuh syarat ketat, akhirnya kami berjaya mendapat lesen rasmi daripada Cannabis Trades Association UK Ltd (CTA UK) sebuah badan pengawalseliaan sah yang memastikan industri ini dijalankan dengan piawaian antarabangsa.

Dari situ bermulalah perjalanan kami. Apa yang pada awalnya hanya sekadar kajian dan pemerhatian, kini berkembang menjadi usaha untuk mendidik masyarakat tentang kebaikan hemp dan CBD, khususnya di kalangan bangsa Melayu. Kami melihat sendiri bagaimana di UK dan Eropah, tumbuhan ini diiktiraf sebagai sebahagian daripada rawatan kesihatan moden. Namun di tanah air sendiri, ia masih terikat dengan stigma dan salah faham.

Dengan pengalaman lebih 8 tahun menetap di UK dan sokongan akademik serta lesen sah daripada CTA UK, pasangan ini terus melakar perjalanan mereka sebagai anak Melayu yang membuka ruang dialog baru tentang hemp di dunia Islam dan Nusantara.

🌿 Malaya Hemp™ – It Helps My Life Feel Better

To Top