Contact Form

Name

Email *

Message *

Search This Blog

Image

Kelebihan CBD Oils Pada Tubuh Manusia

 Pengenalan tentang CBD Oils


CBD oil atau minyak CBD menjadi tumpuan menarik oleh penyelidik. CBD (cannabidiol) adalah salah satu daripada 100 bahan kimia yang dikenali sebagai cannabinoid yang dijumpai dalam tanaman Cannabis Sativa. Bahan 'psychoactive' yang terdapat dalam CBD tidak menyebabkan kesan yang 'high' kepada pengguna dan kelebihan tersebut sangat menarik perhatian penyelidik kerana komponen tersebut terdapat dalam marijuana. Sangat menarik kan! 

Manfaat CBD Oil

CBD oil mempunyai pelbagai manfaat yang sangat membantu kesihatan menjadi lebih baik. Kebaikan penggunaan CBD membantu dalam meningkatkan mood, menyokong pemikiran dan tubuh yang sihat dan semestinya 100% semulajadi.

Beberapa kajian telah dijalankan dan terbukti bahawa kebaikan CBD mampu untuk merawat pelbagai penyakit kronik seperti, 

Kanser 

CBD mempunyai sifat anti-kanser dan menunjukkan kesan ia mampu menghalang pertumbuhan sel kanser dalam beberapa ujian praklinikal iaitu di dalam haiwan dan manusia. Umum mengetahui bahawa penyakit kanser adalah salah satu penyakit yang sangat berisiko dan sukar untuk diubati terutamanya secara alami. Pesakit mesti melalui beberapa fasa rawatan dan diikuti oleh kesan dari rawatan yang berpanjangan. CBD dapat membantu pesakit menghalang pertumbuhan sel kanser yang baru dan dalam masa yang sama dapat mencegahdari mengalami kesan rawatan dalam jangka masa yang panjang. 

Penyakit Jantung 

Penggunaan CBD dapat mengurangkan risiko penyakit jantung kerana ia dapat mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan keradangan dalam arteri. Kesihatan jantung yang tidak baik akan menyebabkan pesakit mengalami kesukaran pergerakan, pernafasan dan dapat menyebabkan pesakit pitam. Kebaikan yang terdapat di dalam CBD sangat membantu pesakit jantung menyeimbangkan tekanan darah mereka. 

Kencing Manis (Diabetes) 

Dalam kajian yang dilakukan, CBD berpotensi sebagai rawatan tambahan yang mengawal tahap gula darah, yang mana ia dapat membantu mengurangkan radang dan memperbaiki kerosakan sel akibat diabetes. Penggunaan CBD dapat mengawal gula dalam darah pesakit sekaligus memperbaiki sel yang rosak. Ini dapat memberi kesan positif kepada pesakit. 

Darah Tinggi 

Darah tinggi adalah penyumbang utama kepada penyakit jantung dan stroke. Beberapa kajian CBD menunjukkan ia dapat membantu mengurangkan tekanan darah dengan mengurangkan tekanan pada sistem kardiovaskular. CBD membantu sebagai rawatan tambahan untuk pesakit kerana ia nya adalah bahan semulajadi. 

Autisme 

Bagi individu autisme, CBD dapat membantu sebagai rawatan tambahan. Kebaikannya membantu mengurangkan gejala autisme seperti cemas, kegelisahan dan gangguan tidur pesakit autisme. Sesetengah pesakit yang menghadapi 'major autism sindrom' , akan bertindak agresif dan sukar untuk dikawal yang disebabkan oleh kegelisahan dan perasaan cemas secara tiba-tiba. Manfaat CBD dapat diguna pakai untuk mengurangkan anxiety pesakit agar pesakit sentiasa berada dalam keadaan yang lebih tenang dan selesa. 

Parkinson 

Kebaikan CBD membuktikan keatas penyakit parkinson ia dapat mengurangkan gejala tremor dan kejangan otot yang dihadapi oleh pesakit. Oleh itu, rawatan CBD membantu pesakit parkinson dari segi pembaikan otot dan mengurangkan gejala tremor dihadapi pesakit. 

Asma

CBD membantu dalam mengurangkan kesukaran bernafas semasa serangan terjadi dan membantu membuka saluran pernafasan dengan lebih baik. CBD membantu untuk membuka ruang pernafasan pesakit agar pernafasan dapat berfungsi dengan lebih baik. 

Ekzema/Sakit Kulit

Penggunaan CBD sangat membantu dalam mengurangkan kemerahan, kegatalan dan bengkak pada kulit kerana ia mempunyai sifat anti-radang yang kuat. Hal ini kerana CBD dapat membantu dari segi pengaliran darah dan otot. 

Kolesterol

Manfaat CBD menunjukkan potensi dalam mengurangkan kadar kolestrol LDL(jahat) dan meningkatkan kolestrol HDL(baik). Cara pemakanan dan gaya hidup boleh memberi kesan yang tidak baik jika tiada amalan gaya hidup yang baik. Penggunaan CBD membuktikan ia mampu mengurangkan kadar kolestrol yang jahat dengan penggunaan yang konsisten dan betul. 

Insomnia

Kelebihan CBD dalam membantu tidur lebih baik, menjadi satu opsyen yang sangat menarik perhatian terutamanya kepada pesakit insomnia. Penggunaan CBD dapat membantu dalam meredakan stress yang boleh menyumbang kepada masalah tidur. 

Kesimpulan

Manfaat CBD oils sebagai rawatan yang digunakan untuk membantu pesakit, terus berkembang dengan bukti kajian yang telah dilakukan. Oleh itu, ia nya penting untuk pesakit atau individu mendapatkan nasihat dari pakar terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Kajian terhadap kesan dan manfaat terus dilakukan untuk memastikan kebaikan CBD dapat terus membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik! 



Comments