Cannabis, Otak dan Realiti : Mengapa Dunia Tidak Seperti Yang Kita Fikirkan
Realiti dan Persepsi: Bagaimana Cannabis Mengubah Pandangan Kita
Realiti sepatutnya menjadi sesuatu yang kukuh. Seperti tanah yang anda pijak. Jam di dinding yang berdetik. Dan suara dalam kepala anda yang berkata, "Inilah diri saya.".
Tetapi pada dos yang lebih tinggi (terutamanya edibles), cannabis boleh membuatkan kita terasa seperti berada di dunia lain. Minit terasa seperti jam, atau mungkin hilang begitu sahaja. Anda melihat jam dan menyedari ia masih menunjukkan pukul 4:20 petang, sama seperti sepuluh minit yang lalu. Tetapi sebenarnya sudah sejam berlalu. Atau mungkin seumur hidup. Sukar untuk dipastikan. Batasan diri menjadi kabur sehingga sukar untuk membezakan antara diri anda dan ruang di sekeliling. Warna-warna menjadi lebih terang, muzik terasa hidup, dan makanan mempunyai rasa yang luar biasa. Malah bijirin kering yang sudah tamat tempoh yang anda jumpa di belakang pembakar roti pun terasa istimewa.
Sedangkan fiziknya masih tetap sama. Fotonnya sama, gelombang bunyi sama, molekul pun sama. Deria kita menukar input ini menjadi isyarat neural, dan otak menyusun satu gambaran. Apabila kimia otak berubah, susunan ini juga berubah. Sama ada dalam keadaan sedar biasa atau dalam keadaan yang berubah, kita sebenarnya melihat versi, bukan sumber sebenar. Dan kerana setiap versi melalui antaramuka yang sama, tiada satu pun yang boleh melangkah keluar untuk memeriksa bagaimana realiti sebenarnya sebelum minda terlibat.
Ini menimbulkan satu persoalan yang jarang ditanya dalam bidang perubatan tetapi sering dibincangkan dalam falsafah : jika kesedaran biasa ketika kita berjaga atau keadaan kesedaran yang berubah tidak mempunyai akses istimewa kepada realiti asas, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "realiti"?
Simulasi Realiti : Ilusi Yang Sudah Lama Anda Percayai
Kita tidak pernah menerima realiti dalam bentuk asalnya. Sebaik sahaja ia sampai kepada anda, otak anda telah pun menjalankannya melalui proses penyuntingan : memotong bingkai, menyesuaikan warna, dan menambah muzik latar. Apa yang anda terima bukanlah sumber asal. Ia adalah versi "director's cut"(yakni diibaratkan seperti suntingan pengarah) yang boleh difahami oleh sistem saraf anda.
Dan apa pun realiti asalnya, apa pun hakikat sebenar yang mungkin ada, ianya bukan sekadar tidak kelihatan. Ia juga tidak dapat dicapai. Anda tidak boleh menyentuhnya, membayangkannya, atau menggambarkannya. Kerana sebaik sahaja anda cuba melakukannya, anda telah mengubahnya menjadi sesuatu yang lain. Inilah paradoksnya : jalan untuk memahami realiti adalah dengan menghadapi kehilangannya.
Ambil cahaya sebagai contoh. Di luar kepala kita, ia adalah gelombang elektromagnetik; foton dengan tenaga yang berbeza-beza. Kepada kita, cahaya muncul sebagai warna. Namun, foton tidak datang dengan warna sedia ada; ia bukan merah atau biru. Warna adalah sesuatu yang otak kita lukis di atas fizik. Ini berguna untuk mengenal pasti buah yang masak, membaca ekspresi wajah, atau melihat lampu brek dalam hujan. Malah, bentuk juga adalah tekaan, dijahit daripada tepi, kontras, dan petunjuk kedalaman. Foton tidak membawa pelan biru IKEA. Otak kita membuat anggaran daripada garis luar dan memutuskan : mungkin itu sofa. Duduklah atas risiko sendiri.
Sama seperti bunyi. Di luar sana, terdapat gelombang tekanan dalam udara. Sel-sel rambut di bahagian dalam telinga anda membengkok, saraf-saraf terangsang, dan otak anda membina bunyi : muzik, bunyi bising, anjing jiran yang menyalak pada pukul 3 pagi. Tiada muzik yang terapung di angkasa. Hanya gelombang tekanan dalam udara. Otak anda adalah DJ nya.
Tugas persepsi adalah untuk menterjemahkan isyarat fizikal kepada kod neural dan membentuk satu gambaran yang boleh anda bertindak balas kepadanya. Ini adalah terjemahan realiti asas, bukan cerminan sebenar. Evolusi telah dioptimumkan untuk kegunaan, bukan kebenaran. Apa yang penting adalah ngauman harimau itu bukanlah plot frekuensi tepatnya.
Jadi, apa yang kita panggil sebagai "realiti" sebenarnya adalah satu simulasi. Ia adalah draf kedua daripada realiti asas yang ditulis dalam bahasa peribadi otak kita. Ini adalah cara manusia berinteraksi dengan dunia yang kita tidak akan pernah lihat secara langsung. Bukan realiti sebenar, tetapi satu halusinasi yang telah disesuaikan untuk membantu kita bertahan hidup.
Spesies yang berbeza menjalankan simulasi realiti yang berbeza. Seekor kelawar memetakan dunia dengan echolocation. Udang mantis pula melihat warna yang kita sendiri tidak ada nama untuknya. Anjing membina realitinya berdasarkan bau. Malah, dalam kalangan manusia, model ini tidak tetap. Penggunaan psychedelics, berpuasa, kekurangan deria, dan meditasi boleh mengubahnya. Apabila otak diberi dos tinggi THC, ia menghasilkan simulasi yang berbeza. Masa terasa lebih panjang, muzik seolah-olah bersinar, dan anda mungkin seketika terlupa hingga terasa seolah-olah tangan anda menyatu dengan sofa tempat anda duduk. (Tip berguna: jangan capai teh panas.) Fizik yang sama, tetapi jahitan baru. Itulah petandanya.
Apa yang kita panggil sebagai "realiti" sebenarnya lebih banyak menceritakan tentang diri kita berbanding dunia di luar deria kita. Cannabis tidak mengubah hukum fizik. Ia hanya mengubah versi realiti mana yang muncul di skrin dalaman kita.
Anda Adalah Kotak
Perubatan moden sering bertanya : Adakah cannabis mampu melegakan kesakitan, anxiety dan insomnia? Soalan-soalan ini memang wajar. Namun, ada satu persoalan yang lebih mendalam yang jarang dibincangkan : Apakah yang didedahkan oleh cannabis tentang realiti itu sendiri?
Cannabis mendedahkan bahawa diri kita bukanlah sesuatu yang tetap. Dunia yang kita anggap "kukuh" sebenarnya adalah hasil gabungan daripada reseptor deria, kimia otak, dan keadaan minda kita pada waktu itu. Ia menunjukkan bahawa kita hidup dalam model dunia yang dihasilkan oleh otak, yang kita tidak akan dapat lihat secara langsung. Kita sentiasa terpisah daripada realiti asas oleh penapis biologi.
Otak anda bukanlah seperti kamera. Ia lebih mirip kepada mesin pemprosesan masa nyata yang menggunakan algoritma pemampatan yang sangat efisien. Otak ini akan menapis kebanyakan data, mengisi kekosongan, dan memberikan anda gambaran yang cukup baik untuk memastikan anda terus hidup. Itulah kebiasaannya.
Jadi, apa yang kita anggap sebagai "dunia di luar sana" sebenarnya adalah sesuatu yang bersifat hubungan. Ia muncul di titik pertemuan antara realiti asas dan sistem saraf yang mampu mentafsirkannya. Titik pertemuan itu adalah anda.
Kita sering membayangkan diri kita seperti guli dalam kotak di alam semesta ini. Namun, sebenarnya kita bukanlah di dalam kotak itu. Kita adalah lensa yang digunakan oleh alam semesta untuk melihat dirinya sendiri. Dan apa yang dilihat bukanlah sesuatu yang mentah. Ia adalah gambaran manusia, matahari terbit, langit malam, hati yang terluka, tawa riang, Jambatan Golden Gate, daun yang gugur. Semua ini adalah anda.
Anda bukan di dalam kotak. Anda adalah kotak.
Di Mana Dunia Dicipta
Cannabis menunjukkan betapa sedikitnya kehidupan yang dijalani dalam hubungan langsung dengan realiti.
Apa yang kita sebut sebagai pengalaman sebenarnya bukanlah pengalaman tentang dunia luar. Ia adalah pengalaman diri kita sendiri yang bertindak balas terhadap fizik realiti asas. Apa yang kita peroleh adalah satu pembinaan semula, yang terhasil daripada rantaian panjang terjemahan : dari sensasi kepada isyarat, isyarat kepada kimia, dan kimia kepada makna.
Kita tidak memahami dunia. Kita memahami gambaran. Dan cannabis menjadikan rantai itu kelihatan.
Bagaimana? Dua cara.
Pertama sekali, ia memperlahankan proses penyuntingan. Ia membolehkan anda melihat bagaimana persepsi terbentuk dalam masa nyata. Tiba-tiba, anda bukan sekadar berada dalam simulasi. Anda sedang menyaksikan ia dimuatkan. Anda dapat melihat sekilas sistem operasi di sebalik realiti anda.
Kedua, ia menunjukkan bahawa realiti anda hanyalah satu versi sahaja. Satu gambaran di antara banyak pilihan yang ada. Apabila anda mengubah sistem operasi yakni mengubah keadaan otak anda, maka dunia di sekeliling anda turut berubah bersamanya.
Cannabis mengingatkan kita bahawa dunia yang kita anggap biasa bukanlah satu-satunya dunia. Ia hanyalah satu versi, satu draf. Satu kemungkinan daripada ribuan dunia yang boleh dibina oleh otak kita.
Itulah sebabnya mengapa cannabis lebih daripada sekadar dadah atau ubat. Ia adalah tumbuhan yang memikat para pemikir. Bukan kerana ia memberikan jawapan secara langsung, tetapi kerana ia menunjukkan bahawa perspektif boleh berubah.
Dunia Berbeza Versi Berlainan
Otak kita mampu mencipta pelbagai dunia berbeza walaupun menerima input yang sama, bergantung kepada sistem operasi yang sedang dijalankannya. Tiada satu pun versi yang lebih dekat dengan realiti asas berbanding yang lain. Sistem operasi "normal" ketika kita sedar tidak mempunyai akses istimewa kepada kebenaran. Ia hanya kebetulan menjadi versi yang sering kita gunakan.
Otak yang berfungsi dengan baik membantu anda tiba tepat pada masanya dan mengingati di mana anda meletakkan kunci. Namun, apabila otak dipengaruhi oleh THC, ia membina dunia yang berbeza. Apa yang kita panggil sebagai "dunia sebenar" hanyalah dunia yang kita sudah biasa.
Tetapi setiap versi, biasa atau diubah, adalah satu binaan. Satu simulasi yang dijahit pada garis kesalahan antara fizik dan biologi.
Cannabis tidak membawa kita ke dunia yang tersembunyi. Sebaliknya, ia mengingatkan kita bahawa setiap pengalaman yang kita alami hanyalah topeng kepada dunia yang tidak akan pernah kita lihat.





Post a Comment