Bolehkah Marijuana Membantu Pesakit Kanser - Dari Perspektif Seorang Pakar





Memahami Penggunaan Marijuana Perubatan: Perspektif Pakar

Ramai doktor masih ragu-ragu tentang penggunaan marijuana perubatan, walaupun pesakit mereka berminat untuk mencubanya.

Dr. Rob Horowitz, seorang pakar dalam bidang Palliative Care di University of Rochester Medical Center, baru-baru ini berkongsi ilmu dengan sekumpulan bekas pesakit kanser kepala dan leher di Wilmot Cancer Institute. Beliau membantu mereka membezakan antara fakta dan mitos mengenai penggunaan cannabis dalam rawatan kanser, serta bagaimana ia boleh membantu menguruskan kesakitan dan simptom lain.

Mesej utamanya: "Walaupun cannabis perubatan dan CBD dapat membantu sesetengah orang, perkembangannya mendahului sains."







Mengapa Terdapat Kontroversi Mengenai Cannabis Perubatan?

Menurut Horowitz, terdapat banyak ketegangan dalam isu ini. Pertama sekali, undang-undang persekutuan menetapkan bahawa cannabis adalah haram, mengklasifikasikannya sebagai bahan terkawal Kelas 2 yang mempunyai risiko penyalahgunaan tinggi dan tiada kegunaan perubatan yang diterima. Namun begitu, banyak negeri telah meluluskan undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang persekutuan dan telah menghalalkannya. California menjadi negeri pertama yang membenarkan penggunaan perubatan pada tahun 1996 dan kemudian menghalalkan penggunaan rekreasi pada tahun 2012. Walaupun begitu, di negeri-negeri di mana ia dibenarkan, produk cannabis tidak mendapat kelulusan atau peraturan daripada U.S. Food and Drug Administration (FDA). Setiap negeri mempunyai proses pengawalseliaan tersendiri, tetapi tidak setaraf dengan tahap yang ditetapkan oleh FDA.

Satu lagi isu yang timbul adalah kekurangan bukti bahawa cannabis benar-benar membantu pesakit. Pada tahun 2015, sebuah jurnal perubatan terkemuka menerbitkan satu ulasan menyeluruh yang menyimpulkan bahawa hanya dua kajian sahaja yang mempunyai bukti saintifik berkualiti tinggi mengenai manfaat perubatan marijuana. Kekurangan penyelidikan ini menjadi salah satu sebab mengapa penyedia perubatan yang mana amalan mereka adalah berasaskan data bukti lebih cenderung bersikap skeptikal, kata Horowitz. Beliau menekankan bahawa kekurangan bukti tidak bermakna tiada manfaat langsung.







Bagaimana Cannabis Mempengaruhi Badan Saya?

Menurut Horowitz, kita semua mempunyai reseptor cannabinoid (seperti cannabis) yang tersebar di seluruh badan. Reseptor ini terlibat dalam pemprosesan kesakitan, pencernaan, emosi, dan banyak fungsi fisiologi lain. Apabila seseorang mengambil THC, ia boleh membantu mengurangkan beberapa jenis simptom kesakitan bagi sesetengah individu. THC mampu mengurangkan intensiti fizikal kesakitan dan berfungsi dengan cara lain untuk membuatkan individu lebih rileks, menjadikan kesakitan kurang ketara. THC disimpan dalam tisu lemak dan kekal dalam badan selama beberapa minggu.

CBD berinteraksi dengan sistem cannabinoid dalam badan kita dengan cara yang berbeza daripada THC. Menariknya, CBD bukan sahaja meningkatkan kesan THC, tetapi juga mengurangkan kesan sampingannya. Selain itu, CBD mempunyai pelbagai sifat unik, termasuk membantu mengurangkan sawan. Menurut pakar, pakar neurologi pediatrik telah menggunakan CBD untuk kanak-kanak yang mengalami sawan teruk sejak beberapa tahun yang lalu.







Apakah Undang-undang Di New York Untuk Cannabis Perubatan?

Di negeri New York, seorang pesakit perlu mengalami penyakit yang serius, yang menjejaskan kehidupan seharian dan mengancam nyawa. Pesakit juga perlu menunjukkan simptom seperti kesakitan atau loya baru lah dikira layak untuk berbincang dengan doktor mereka mengenai penggunaan marijuana perubatan.

Pesakit di New York perlu mendapatkan pengesahan sah daripada doktor, jururawat pengamal, atau pembantu doktor (PA) untuk mencuba marijuana perubatan. Setelah disahkan, mereka tidak dibenarkan merokok sebagai sebahagian daripada rawatan. Menurut undang-undang negeri, ubat tersebut hanya boleh diambil dalam bentuk cecair, minyak, wap, atau kapsul. Tujuan di sebalik peraturan ini adalah untuk "mengiktiraf" produk tersebut dan menjadikannya serupa dengan ubat-ubatan yang lain, kata Horowitz.







Bagaimana Saya Boleh Memilih Produk Marijuana Perubatan?

Penting untuk diketahui bahawa tiada perlindungan insurans untuk marijuana perubatan di New York. Menurut Horowitz, pesakit yang layak boleh membelinya dengan wang tunai atau kad debit di salah satu daripada dua dispensari di Rochester. Kos purata adalah sekitar $50 seminggu untuk dos dua kali sehari, atau kira-kira $200 sebulan.

Kebijaksanaan konvensional mengatakan bahawa produk berasaskan THC lebih sesuai untuk pesakit yang mengalami loya dan kesukaran makan, sakit selepas pembedahan, atau kesakitan kanser yang melibatkan seluruh badan. Manakala, CBD nampaknya lebih bermanfaat untuk pesakit yang mengalami sawan dan neuropati. Menurutnya, proses trial and error atau cuba dan ralat bersama seorang ahli farmasi yang berkelayakan adalah perkara biasa sebelum kebanyakan pesakit menemui produk yang sesuai dengan keperluan mereka.

Produk marijuana dan CBD/hemp sering kali disertakan dengan dakwaan yang tidak disokong secara saintifik, kata Horowitz. Produk CBD yang boleh didapati di kaunter adalah meluas tanpa memerlukan pensijilan yang disebutkan tadi. Namun, produk-produk ini tidak dikawal selia dan sering mengandungi tahap THC yang berbeza-beza serta bahan-bahan lain yang tidak diketahui.







Bagaimana Saya Boleh Dapatkan Pengesahan Untuk Menggunakan Cannabis Bagi Kanser?

Jika anda merasakan bahawa anda mempunyai simptom yang mungkin dapat dirawat dengan marijuana perubatan, berbincanglah dengan doktor penjagaan utama anda, pakar onkologi, jururawat praktikal, atau pembantu perubatan. Jika penyedia perubatan anda bersetuju, mereka mesti berdaftar dengan NY untuk memberi preskripsi marijuana perubatan. Atau, mereka mungkin akan membincangkan sama ada dan bagaimana untuk merujuk anda kepada penyedia yang berdaftar.



Post a Comment

To Top