CBG & THCV Dalam Marijuana: Harapan Baru Untuk Rawatan Parkinson dan Alzheimer





Kajian Menunjukkan Potensi Komponen Marijuana Kurang Dikenali

Kajian Menunjukkan Komponen Marijuana Kurang Dikenali Seperti CBG dan THCV Berpotensi Sebagai Rawatan Untuk Parkinson dan Alzheimer

Satu kajian saintifik terbaru mengenai potensi manfaat marijuana dalam merawat gangguan otak menyatakan bahawa selain THC dan CBD yang dihasilkan oleh tumbuhan cannabis, terdapat juga pelbagai phytocannabinoids lain yang kurang dikenali. Bersama-sama dengan terpenes, flavonoids, dan alkaloids, bahan-bahan ini mungkin menunjukkan pelbagai aktiviti farmakologi dan berpotensi menawarkan aplikasi terapeutik.

Sebatian tersebut termasuk THCV, CBDV dan CBG.







Penyelidikan Terkini Dari Center for Dementia Research

Menurut laporan yang dikeluarkan bulan lepas melalui Preprints.org, dua orang penyelidik dari Center for Dementia Research di Nathan Kline Institute for Psychiatric Research di New York menyatakan bahawa kesan antioksidan, anti-radang, dan neuromodulasi menjadikan ia agen yang berpotensi dalam merawat gangguan neurodegeneratif.

Para penulis telah menilai kajian saintifik yang ada mengenai minor cannabinoids dan keadaan kesihatan seperti epilepsy, penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, penyakit Huntington, serta masalah ketagihan bahan terlarang dan alkohol. Mereka mendapati bukti bukan sahaja menunjukkan kesan perlindungan saraf (neuroprotective), tetapi juga pelbagai manfaat lain.







Potensi Terapeutik Pelbagai Phytocannabinoids

Laporan tersebut menyatakan bahawa potensi terapeutik Cannabis sativa bukan sahaja terhad kepada CBD yang sering dikaji. Ia juga merangkumi pelbagai phytocannabinoid lain yang kurang dikenali tetapi berpotensi dalam merawat pelbagai gangguan neurologi.

Walaupun banyak kajian telah meneliti kesan neuropsikiatri dan perlindungan saraf daripada Δ9-THC, masih terdapat banyak phytocannabinoid lain yang belum diterokai sepenuhnya.

Fungsi neuroprotective bagi phytocannabinoids minor yang tidak menyebabkan kesan psikotropik ini, terutamanya sifat antioksidan, anti-radang, dan pengubahsuaian imun, membuka peluang baru untuk penyelidikan dan rawatan.

Walaupun mekanisme farmakologi bagi kebanyakan NMP masih belum diterokai sepenuhnya, kajian-kajian terkini menunjukkan potensinya dalam membangunkan terapi baru untuk gangguan otak. Dengan penyelidikan yang terus berkembang, penemuan ini berpotensi membuka jalan kepada rawatan berasaskan tumbuhan cannabinoid yang inovatif, melangkaui pendekatan tradisional, dan menawarkan harapan baru dalam perlindungan neuro dan pengurusan penyakit.







Kajian Minor Cannabinoids Terhadap Kanser Darah

Laporan terbaru ini mengikuti satu kajian berasingan mengenai komponen kimia kecil dalam marijuana.

Kajian yang diterbitkan musim panas ini mendapati bahawa minor cannabinoids mungkin mempunyai kesan anticancer terhadap kanser darah.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal BioFactors ini meneliti kesan cannabinoid minor terhadap kanser darah atau multiple myeloma (MM).

Kajian ini menguji tindak balas dalam model sel terhadap cannabinoid seperti CBG, CBC, CBN, dan CBDV. Selain itu, CBN juga dikaji dalam model tikus.

Hasil kajian kami menunjukkan bahawa CBG, CBC, CBN, dan CBDV berpotensi menjadi agen antikanser yang berpotensi untuk merawat Multiple Myeloma (MM). Ini kerana kesan sitotoksik mereka terhadap sel-sel MM. Menariknya, CBN juga menunjukkan keberkesanan dalam model tikus xenograft yang diuji secara in vivo.

Para penyelidik juga mendapati bahawa cannabinoids memberikan kesan positif terhadap tulang. Ini termasuklah mengurangkan pencerobohan sel MM ke arah tulang serta proses penguraian tulang (resorpsi), terutamanya melalui CBG dan CBN.







Sinergi Terpenes dan Phytocannabinoids: Entourage Effect

Kajian terbaru yang diterbitkan di Preprints.org mendapati bahawa walaupun ada kemungkinan terpenes yang dihasilkan oleh cannabis boleh mempengaruhi kesan khayal atau high daripada marijuana, ia masih belum terbukti secara sahih.

Menurut laporan terkini, sehingga kini, tiada bukti saintifik yang kukuh mengenai sinergi ini, sekurang-kurangnya pada tahap reseptor cannabinoid (CB).

Namun begitu, adalah terlalu awal untuk menafikan kewujudan interaksi farmakodinamik atau farmakokinetik antara sebatian aktif dalam Cannabis. Ini kerana banyak aktiviti biologi telah dikaitkan dengan terpenes dalam Cannabis, termasuk sifat analgesik, anti-radang, dan anxiolytic yang membantu meredakan anxiety.

Penulis menyatakan bahawa kesan sinergistik( atau gabungan beberapa sebatian dalam cannabis) yang dikenali sebagai 'entourage effect' kelihatan munasabah, terutamanya apabila mempertimbangkan fitokannabinoid minor, monoterpen, seskuiterpen, dan seskuiterpenoid.







Interaksi Kompleks Membuka Jalan Inovasi Rawatan

Satu kajian berasingan yang diterbitkan awal tahun ini dalam International Journal of Molecular Sciences menyatakan bahawa interaksi kompleks antara fitokannabinoid dan sistem biologi menawarkan harapan untuk pendekatan rawatan baru.

Ini mungkin membuka jalan kepada era inovasi baru dalam perubatan berasaskan cannabis.

Kajian tersebut mendapati bahawa tumbuhan Cannabis menunjukkan satu kesan yang dikenali sebagai 'entourage effect'. Dalam kesan ini, gabungan tindakan terpenes dan phytocannabinoids menghasilkan kesan yang lebih hebat daripada jumlah kesan sebatian cannabis secara berasingan. Sinergi ini menekankan betapa pentingnya untuk mempertimbangkan keseluruhan tumbuhan apabila menggunakan cannabinoids untuk tujuan perubatan, berbanding mengekstrak dan menggunakan cannabinoids sahaja secara berasingan.







Kajian Terpenes Untuk Rawatan Kesakitan Neuropatik

Satu kajian yang dibiayai oleh kerajaan dan diterbitkan pada bulan Mei mendapati bahawa terpenes berpotensi menjadi rawatan untuk kesakitan neuropatik kronik.

Kajian tersebut menunjukkan bahawa dos suntikan terpenes memberikan pengurangan tanda-tanda kesakitan yang hampir sama dengan dos morfin yang lebih kecil. Menariknya, terpenes juga kelihatan meningkatkan keberkesanan morfin apabila digunakan bersama.

Berbeza dengan morfin, kajian mendapati bahawa terpenes yang dikaji tidak mencetuskan tindak balas otak yang membawa rasa euforia atau ketagihan yang ketara. Ini menunjukkan bahawa terpenes mungkin berfungsi sebagai analgesik yang berkesan tanpa kesan sampingan yang menyebabkan ketagihan atau perasaan tidak selesa.







Pentingnya Memahami Hubungan Komponen Cannabis

Satu kajian yang diterbitkan awal tahun ini meneliti bagaimana "interaksi kerjasama" antara cannabinoids, terpenes, flavonoids dan molekul lain dalam tumbuhan cannabis.

Kajian ini menyimpulkan bahawa memahami hubungan antara pelbagai komponen kimia ini adalah penting untuk mendedahkan potensi terapeutik penuh cannabis.

Kajian terbaru yang dibiayai oleh National Institute on Drug Abuse (NIDA) mendapati bahawa terpene berbau sitrus dalam marijuana, iaitu D-limonene, berpotensi membantu mengurangkan masalah anxiety dan paranoia yang sering dikaitkan dengan THC. Para penyelidik juga menyatakan bahawa penemuan ini mungkin dapat membuka potensi manfaat terapeutik THC sepenuhnya.

Kajian berasingan yang dijalankan tahun lepas mendapati bahawa produk cannabis yang mengandungi pelbagai jenis cannabinoid semula jadi menyebabkan kesan psikoaktif /high/khayal yang lebih kuat dalam kalangan orang dewasa. Menariknya, kesan ini juga bertahan lebih lama berbanding dengan kesan yang dihasilkan oleh THC tulen.

Satu kajian pada tahun 2018 mendapati bahawa pesakit epilepsi menunjukkan perkembangan kesihatan yang lebih baik apabila menggunakan ekstrak CBD berasaskan tumbuhan. Menariknya, mereka juga mengalami kesan sampingan yang lebih sedikit berbanding produk CBD yang telah 'dimurnikan.

Tahun lepas, saintis menemui sebatian cannabis baru yang belum dikenal pasti sebelum ini, dikenali sebagai flavorants. Sebatian ini dipercayai menyumbang kepada aroma unik pelbagai strain marijuana. Sebelum ini ramai percaya terpenes sahaja yang menjadi punca bau-bau berbeza pada cannabis.







Fenomena Entourage Effect Pada Tumbuhan dan Kulat Psychedelic

Fenomena yang serupa juga mula direkodkan berkaitan dengan tumbuhan dan kulat psychedelic. Sebagai contoh, pada bulan Mac, para penyelidik menerbitkan penemuan yang menunjukkan bahawa penggunaan ekstrak cendawan psychedelic spektrum penuh memberikan kesan yang lebih kuat berbanding psilocybin yang disintesis secara kimia. Mereka menyatakan bahawa penemuan ini menunjukkan cendawan, seperti cannabis, mempunyai kesan "entourage effect". Fenomena dikenali sebagai 'entourage effect' ini ialah di mana kombinasi sebatian semula jadi saling melengkapi dan menguatkan keberkesanan antara satu sama lain.







Kesimpulan

Keseluruhan bukti dalam kajian-kajian di atas membuka mata bahawa tumbuhan cannabis bukan sekadar tentang THC atau CBD yang sering disebut-sebut. Komponen seperti CBG, THCV, CBDV, terpenes dan flavonoids mula menunjukkan potensi luar biasa yang belum banyak diterokai, bukan sahaja untuk masalah neurodegeneratif seperti Parkinson dan Alzheimer, tetapi juga kanser darah, sakit kronik, masalah tidur dan beberapa gangguan lain yang selama ini hanya bergantung pada ubat konvensional.

Apa yang lebih menarik, saintis kini lebih cenderung melihat cannabis sebagai satu ekosistem molekul — di mana kesan gabungan atau entourage effect menjadikan hasil akhirnya jauh lebih berkesan daripada sekadar mengekstrak satu bahan semata-mata.

Dengan minat penyelidikan yang semakin bertambah dan teknologi bioteknologi yang kian maju, masa depan rawatan berasaskan cannabinoid minor ini nampaknya sedang menunggu giliran untuk diberi ruang lebih besar, bukan lagi sekadar alternatif, tetapi mungkin satu pilihan arus perdana yang berdiri atas asas sains, bukan stigma.



Post a Comment

To Top