Pasaran Ganja Tak Terkawal Pennsylvania : 93% Hemp Yang Disahkan Sebenarnya ialah Marijuana
Penemuan Mengejutkan : Hampir Semua Produk Hemp di Pennsylvania Adalah Marijuana
Pennsylvania baru sahaja menunjukkan betapa pentingnya mempunyai piawaian yang jelas. Selepas penyiasatan selama sepuluh bulan di kawasan Montgomery, Bucks, dan Chester, pendakwa mendapati bahawa hampir setiap produk yang dikatakan "mematuhi Farm Bill" yang dijual di kedai-kedai rokok sebenarnya adalah marijuana biasa.
Menurut penemuan yang diperoleh, pegawai penyamaran telah membeli 144 produk berjenama hemp dari peruncit di seluruh negeri. Lebih daripada 93% produk tersebut didapati mengandungi tahap Delta-9 THC yang melebihi had yang dibenarkan, dengan sesetengahnya mencapai setinggi 5%. Kisah ini turut mendapat perhatian dalam liputan tempatan, di mana pegawai menyatakan bahawa kedai-kedai rokok kini seolah-olah bertukar menjadi penjual marijuana tempatan.
Masalah yang Telah Lama Berlarutan
Pada bulan Julai yang lalu, The Philadelphia Inquirer telah mengambil inisiatif dengan menghantar produk "hemp" dari kedai-kedai di Pennsylvania ke makmal berlesen. Hasilnya mengejutkan! Kebanyakan produk tersebut didapati tercemar, salah label, atau langsung tidak sah di sisi undang-undang. Siasatan ini membongkar kewujudan sijil analisis palsu, kehadiran kulat, logam berat, dan racun perosak yang dilarang. Laporan juri besar yang baru ini bukan sahaja mengesahkan penemuan tersebut, malah memperincikannya dengan lebih mendalam.
Kekeliruan THCA
Bagi sesiapa yang tertanya-tanya bagaimana ini boleh berlaku, semuanya bermula dengan kimia. THCA iaitu bahan mentah yang tidak menyebabkan kesan khayal dan merupakan pendahulu kepada THC akan bertukar menjadi Delta-9 apabila dipanaskan. Inilah sains yang menyokong pasaran bunga hemp yang semakin berkembang. Di negeri-negeri yang belum meluluskan penggunaan dewasa, produk yang dipasarkan sebagai "THCA hemp" sering melepasi ujian kerana menunjukkan kandungan Delta-9 yang rendah sebelum dibakar. Namun, sebaik sahaja dihisap, ia tidak dapat dibezakan kerana selepas dihisap ia sebenarnya bertindak sama sahaja seperti ganja sebenar yang mengandungi THC.
Topik ini telah diteroka dalam tajuk panduan kepada THCA. Panduan ini menjelaskan bahawa THCA itu sendiri bukanlah masalah utama. Masalah sebenar terletak pada cara ia diuruskan. Tanpa ujian makmal wajib atau penyeragaman, ada pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menjual apa sahaja, daripada marijuana berkulat hingga bunga yang disalut racun perosak, dan mendakwa ia sebagai hemp.
THCA Selamat vs Hemp Palsu
Terdapat perbezaan yang jelas antara produk THCA yang sah dan apa yang ditemui oleh penyiasat di Pennsylvania. Jenama yang bertanggungjawab sudah pun mengamalkan kawalan kendiri. Mereka menjalankan ujian ke atas setiap batch melalui makmal yang diiktiraf, memaparkan Sijil Analisis (COA) dengan telus, mendedahkan jumlah THC keseluruhan (bukan hanya Delta-9), mengesahkan umur pengguna, dan memastikan pembungkusan kelihatan profesional. Inilah jenama-jenama yang memajukan budaya cannabis ke hadapan.
Yang lain? Mereka mengambil jalan pintas. Mereka mencetak Sijil Analisis (COA) palsu dan menjual kepada golongan bawah umur dengan pembungkusan yang menyerupai gula-gula. Dalam erti kata lain, masalahnya bukan pada cannabinoid itu sendiri, tetapi pada kekurangan piawaian.
Seperti yang ditulis oleh Rolando García dalam artikel "How America Accidentally Legalized Lab Cannabis" atau bagaimana Amerika secara tidak sengaja meluluskan cannabis makmal , Akta Ladang 2018 telah "membuka pintu kepada ekonomi cannabis yang baru" dengan menghalalkan hemp yang mengandungi kurang daripada 0.3% Delta-9 THC. Para penggubal undang-undang tidak pernah menjangka bahawa kemajuan dalam bidang kimia akan begitu pesat, sehingga mampu menukar CBD menjadi Delta-8, Delta-10, atau bunga THCA yang cukup kuat untuk menyaingi marijuana di dispensari. Kini, negeri-negeri seperti Texas, Florida, dan Pennsylvania sedang bergelut dengan kesan daripada perubahan ini.
Apa Yang Dimahukan oleh Pembuat Undang-Undang
Cadangan daripada juri besar Pennsylvania adalah asas, tetapi ianya sangat penting : lesenkan setiap peruncit yang menjual produk THC, wajibkan ujian makmal oleh fasiliti yang diiktiraf, tetapkan had umur 21 tahun di seluruh negeri, dan definisikan cannabinoid seperti Delta-8, Delta-10, dan THCA dalam undang-undang supaya semua pihak mematuhi peraturan yang sama. Matlamatnya bukanlah untuk melarang, tetapi untuk melindungi.
Pengawalan Lebih Baik Daripada Tindakan Terburu-buru
Cuba untuk mengharamkan THCA adalah satu kesilapan. THCA adalah sebatian semula jadi yang terdapat dalam tumbuhan cannabis. Apabila dihasilkan dengan bertanggungjawab, ia adalah selamat dan berkesan seperti mana-mana produk di dispensari. Apa yang diperlukan adalah pengawasan yang sama seperti yang sudah ada dalam pasaran yang dikawal selia : pelabelan yang jujur, makmal yang disahkan, kumpulan yang boleh dikesan, dan jualan hanya untuk orang dewasa.
Juri besar di Pennsylvania tidak mendedahkan masalah berkaitan cannabis. Sebaliknya, ia mendedahkan kekosongan dalam dasar yang ada. Pengguna terpaksa berhadapan dengan pasaran kelabu(pasaran yang tidak dikawal sepenuhnya) yang lebih menguntungkan penipu dan merugikan kualiti.
Penyelesaiannya tidaklah rumit. Uji dahulu. Labelkan dengan jelas. Kemudian, kawal selia dengan baik. Masa depan hemp dan THCA bergantung kepada kepercayaan, dan kepercayaan bermula dengan ketelusan.






Post a Comment