Sukan dan Cannabis : Meneroka Peranan Cannabis dalam Pemulihan Atlet





Atlet kini semakin cenderung menggunakan cannabis untuk mempercepat pemulihan dan mencapai keputusan yang lebih baik.

Stigma yang dulu melekat pada marijuana, yang menggambarkan pengguna cannabis sebagai individu malas dan tidak berprestasi, kini sudah menjadi sejarah. Cannabis kini semakin diterima secara meluas, termasuk dalam arena sukan, dan ini tentunya bersebab.

Para atlet dalam semua jenis sukan, tidak kira di peringkat mana sekalipun, sentiasa berusaha untuk mempercepatkan masa pemulihan selepas latihan. Inilah sebabnya mereka kerap mencuba pelbagai kaedah baru untuk melihat apa yang boleh meningkatkan bahagian penting dalam kitaran latihan mereka ini. Bagi atlet yang ingin memperbaiki pemulihan mereka, cannabis menawarkan banyak manfaat dalam pelbagai cara. Anthony Ricciuto, seorang jurulatih nutrisi sukan berkata : "Sebagai seorang pakar pemakanan sukan dan jurulatih kekuatan, saya telah bekerja dengan lebih daripada 100 juara dunia dan kebangsaan dari pelbagai sukan, termasuk atlet Olimpik dan pembina badan profesional. Saya telah menggabungkan penggunaan cannabis dalam rejim latihan atlet saya dan hasilnya sangat positif." Mari kita lihat beberapa cara bagaimana cannabis dapat membawa prestasi atlet ke tahap yang lebih tinggi.







Mengurangkan Kesakitan

Tanpa ragu, cannabis adalah salah satu ubat yang paling bermanfaat untuk menguruskan kesakitan. Manfaat perubatan marijuana telah diperkatakan selama beberapa dekad kerana herba ini membantu mengurangkan tahap kesakitan bagi mereka yang mengalami pelbagai masalah, termasuk fibromyalgia, arthritis, penyakit cakera degeneratif dan banyak lagi. "Bagi anda yang bukan atlet serius, mungkin tidak menyedari perkara ini, tetapi atlet kompetitif rata-ratanya kerap berhadapan dengan situasi kesakitan. Sesi latihan yang melelahkan dan dilakukan berkali-kali sehari benar-benar boleh memberi tekanan kepada badan. Apabila anda berada di gimnasium untuk tiga sesi sehari bagi persediaan pertandingan, anda boleh yakin bahawa kesakitan akan menyusul. Saya tidak bercakap tentang kesakitan yang berlaku semasa sesi, seperti pembakaran otot ketika melakukan set penurunan. Saya bercakap tentang dua jenis kesakitan khusus yang semua atlet perlu hadapi", jelas Anthony Ricciuto dengan panjang lebar.

Yang pertama ialah kesakitan otot yang lambat muncul. Ini biasanya menyerang atlet dua hari selepas sesi latihan yang sangat berat. Walaupun ini adalah jenis kesakitan yang baik, ia tetaplah kesakitan. Selepas latihan kaki yang intensif, seorang atlet akan berjalan terhincut-hincut selama beberapa hari—dan ini adalah perkara biasa yang berlaku hari demi hari, minggu demi minggu. Sebaik sahaja mereka pulih, tiba masanya untuk sesi latihan kaki yang seterusnya, yang membuatkan mereka sentiasa berada dalam kitaran kesakitan ini.

Yang kedua adalah kehausan badan yang biasa dialami oleh orang tua. Jika anda pernah terlibat dalam sukan secara kompetitif untuk jangka masa yang panjang, anda pasti tahu bahawa dengan menekan badan anda berulang kali selama bertahun-tahun, akhirnya badan anda tidak lagi mampu bertahan seperti dulu. Contohnya, rawan di lutut boleh haus atau kecederaan lama di bahu akan mula terasa sakit apabila hujan. Tidak kira bagaimana, kesan penggunaan badan anda akan muncul dalam pelbagai bentuk. Inilah sebabnya ramai atlet memilih ubat anti-radang bukan steroid atau farmaseutikal berasaskan opiat untuk membantu mengatasi kesakitan. Namun, seperti yang kita lihat berulang kali, cannabis adalah alternatif yang jauh lebih sihat untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dihadapi oleh ramai atlet setiap hari.







Kualiti dan Kuantiti Tidur

Apabila bercakap tentang pemulihan, dua faktor utama yang perlu diberi perhatian ialah tidur yang optimum dan rejimen pemakanan semasa. Cannabis boleh benar-benar membantu meningkatkan kualiti tidur bagi para atlet. Kerosakan otot akibat senaman akan diperbaiki semasa kitaran tidur—sel-sel dalam badan kita akan diperbaharui, dan pelbagai hormon akan diaktifkan untuk merangsang pertumbuhan otot. Jika masa tidur atau kualiti tidur anda terjejas, kadar pemulihan anda akan menurun dengan ketara. Ramai atlet juga menghadapi masalah insomnia akibat kekurangan nutrien dan tekanan tinggi yang mereka letakkan pada sistem saraf pusat mereka.

Tidur atlet boleh terganggu apabila mereka berada dalam fasa pengurangan kalori sebelum bertanding dalam sukan tempur atau acara fizikal seperti bina badan. Pada masa ini, atlet mungkin mengalami kesukaran untuk tidur. Apabila mereka akhirnya dapat tidur, mereka terjaga hanya beberapa jam kemudian. Kajian telah membuktikan bahawa cannabis boleh meningkatkan tempoh dan kualiti tidur berulang kali. Apabila seorang atlet mendapat tidur yang cukup, prestasi mereka meningkat dengan ketara. Bagi meningkatkan kualiti tidur, antara yang sangat digemari ialah edibles yang dominan indica. Tiada yang lebih baik untuk membantu anda tidur selain daripada indica ber-THC tinggi dalam bentuk tincture. Namun, satu kebimbangan tentang gummies dan brownies yang comel dan biasa ini adalah seseorang jrulatih kesihatan sukan tidak mahu atletnya mengambil gula dan lemak berlebihan yang tidak termasuk dalam pelan pemakanan mereka. Oleh itu, tincture cannabis perubatan lebih disukai, yang ianya didapati tepat dalam dos dan sangat berkesan.







Selera Makan yang Lemah

Seperti yang disebutkan sebelum ini, faktor kedua yang perlu dipertimbangkan dalam pemulihan adalah pemakanan yang betul. Masalah yang dihadapi oleh sesetengah atlet adalah ketidakmampuan untuk mengambil makanan yang mencukupi setiap hari bagi menggantikan apa yang hilang semasa sesi latihan mereka. Jika anda tidak mengambil jumlah protein, lemak, dan karbohidrat yang tepat untuk membantu proses ini, pemulihan anda mungkin tidak mencapai tahap yang diinginkan. Di sinilah cannabis boleh memainkan peranan penting. Ia boleh menjadi sangat berguna bagi atlet yang menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan kalori yang diperlukan bagi mencapai prestasi puncak.

Kebanyakan atlet akan mengambil antara lima hingga tujuh hidangan setiap hari. Apabila anda sampai ke hidangan kelima dan sedar masih ada dua lagi yang perlu dihabiskan, ia boleh menjadi agak membosankan. Sudah tentu, setiap hidangan ini mempunyai susunan makronutrien yang betul, jadi bukanlah atlet boleh sewenang-wenangnya makan piza dan makan ais krim sundae. Sesetengah atlet lebih suka menggunakan strain hibrid tinggi-THC untuk membantu meningkatkan selera makan mereka pada lewat hari apabila semangat untuk makan semakin berkurangan. Ada juga yang memilih strain sativa-dominan pada awal hari untuk memastikan selera makan mereka kekal sepanjang hari. Terdapat pelbagai cara lain untuk merangsang selera makan, tetapi keberkesanan cannabis tidak dapat ditandingi (dan lebih disukai berbanding ubat-ubatan farmaseutikal yang diketahui meningkatkan selera makan).

Perbezaan antara seorang atlet yang berjaya mengambil semua hidangan yang telah ditetapkan untuk hari itu dengan yang terlepas dua hidangan terakhir kerana kurang selera makan adalah sangat besar. Ini bukan sahaja memberi kesan kepada pemulihan mereka, tetapi juga prestasi mereka semasa sesi latihan seterusnya. Inilah sebabnya mengapa cannabis menjadi bantuan ergogenik yang penting, membolehkan atlet mengambil nutrien yang optimum untuk mencapai prestasi puncak.







Bengkak dan Keradangan

Keradangan pada otot, sendi, dan tendon adalah masalah biasa yang dihadapi oleh semua atlet. Jika anda terlibat dalam sukan lasak seperti bola sepak atau seni mempertahankan diri campuran, anda mungkin akan berdepan dengan lebih banyak isu berkaitan keradangan. Apabila anda berlatih dengan gigih, kecederaan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan—itulah lumrah dalam dunia sukan. Tidak kira seberapa berhati-hati anda cuba untuk kekal selamat, seberapa baik program latihan anda disusun, atau seberapa kerap anda menggunakan terapi badan, kecederaan tetap akan berlaku. Salah satu contohnya ialah tendonitis yang boleh berlaku di pelbagai bahagian badan. Ini biasanya disebabkan oleh penggunaan berlebihan dan membiarkan badan anda berada dalam keadaan radang terlalu lama akibat pilihan pemakanan dan gaya hidup. Sesiapa yang pernah mengalami tendonitis tahu bahawa ia bukan sahaja menyakitkan dan mengehadkan pergerakan, tetapi juga mengambil masa yang lama untuk sembuh. Mengambil cannabis setiap hari boleh membantu mengurangkan keradangan ini, terutamanya apabila digabungkan dengan pelan pemakanan yang mengehadkan semua makanan yang menyumbang kepada proses ini. Ini termasuk mengeluarkan semua penanda keradangan dari diet seperti lemak omega-6, karbohidrat halus, dan gula. Dengan cara ini, kaedah pemulihan lain seperti urutan, teknik pelepasan aktif, dan sesi kiropraktik akan menjadi lebih berkesan. Cannabis secara sendirinya dapat memberikan hasil yang menakjubkan dalam banyak aspek kehidupan seorang atlet. Tetapi apabila digabungkan dengan pendekatan holistik yang betul, ia benar-benar boleh mengubah hidup.







Tendon dan Tulang

"Salah satu manfaat hebat daripada strain tinggi cannabidiol (CBD) adalah kesan positifnya dalam penyembuhan tendon dan tulang. Ini bukan sahaja terbukti dalam kajian perubatan, tetapi juga dalam dunia sebenar bersama atlet yang saya bimbing", kata Anthony Ricciuto. Satu kajian dalam Journal of Bone and Mineral Research menunjukkan bahawa CBD, apabila diberikan dengan betul, membantu mempercepatkan penyembuhan patah tulang. Kajian ini juga mendapati bahawa tulang yang dirawat dengan CBD kurang berisiko untuk patah semula di kawasan yang sama. Ini disebabkan oleh tindakan langsung CBD yang menghalang reseptor G protein-coupled receptor 55. Apabila reseptor ini terlalu dirangsang, ia boleh meningkatkan kadar pemindahan kalsium dari tulang ke dalam aliran darah, yang boleh menyebabkan tulang menjadi lembut dan menyumbang kepada keadaan seperti osteoporosis. CBD telah terbukti dapat mencegah ini, sekali gus menggalakkan ketumpatan tulang yang lebih baik.

Anthony Ricciuto menjelaskan : "Seorang juara dunia dalam sukan angkat berat yang saya kenali mengalami kecederaan serius apabila bisepnya terkoyak sepenuhnya dari tulang. Dia terpaksa menjalani pembedahan untuk menyambung semula tendon tersebut, dan juga perlu memasang skru di bahagian dalam siku untuk memastikan semuanya kekal di tempatnya." Tambahnya lagi : "Semasa fasa pemulihan ini, dia mengambil strain yang tinggi dalam CBD dan sederhana dalam THC, dengan cara microdosing beberapa kali sehari menggunakan vaporizer herba kering. Apabila dia kembali berjumpa doktor empat minggu selepas pembedahan, doktor tersebut terkejut dengan kadar penyembuhannya. Malah, dia diberitahu bahawa kemajuan yang dicapainya dalam tempoh empat minggu itu adalah setara dengan apa yang biasanya dialami oleh atlet lain dalam tempoh lapan minggu selepas pembedahan." Menurut beliau lagi : "Ini adalah salah satu contoh bagaimana cannabis dan kandungan perubatannya dapat membantu atlet pulih lebih cepat daripada kecederaan, termasuklah kecederaan tendon dan patah tulang."







Kerosakan Neurologi

Satu mitos lama yang sering kita dengar tentang cannabis adalah ia akan merosakkan sel otak dan menjadikan kita kurang bijak. Sebenarnya, cannabis melakukan sebaliknya. Neurogenesis merujuk kepada pertumbuhan dan perkembangan neuron dalam otak. Dahulu, saintis percaya bahawa proses ini hanya berlaku semasa fasa perkembangan embrio. Namun, kini mereka faham bahawa ia masih berlaku walaupun kita semakin berusia. Salah satu cannabinoid yang paling bermanfaat dalam hal ini ialah THCA. Ramai yang sudah biasa dengan THC, tetapi tidak ramai yang tahu tentang kelebihan THCA. Dikenali juga sebagai asid tetrahydrocannabinolic, sebatian hebat ini mempunyai sifat perlindungan neuro yang menakjubkan. Salah satu cara terbaik untuk mendapatkan dos THCA anda adalah dengan membuat jus daripada bunga segar, bukannya menyedut wapnya.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa cannabis menunjukkan potensi yang nyata dalam merawat gejala-gejala berkaitan dengan kondisi neurologi, seperti Alzheimer, multiple sclerosis, dan epilepsi. Para saintis telah menemui bahawa THC dan CBD bukan sahaja mampu mengurangkan keradangan di otak, tetapi juga menurunkan eksitotoksisiti, iaitu kerosakan selular di otak apabila reseptornya menjadi terlalu aktif. Inilah sebabnya mengapa semakin ramai pemain NFL beralih kepada cannabis untuk pulih daripada trauma otak.







Masa Pemulihan

"Apabila bercakap tentang cara untuk mengurangkan masa antara sesi latihan, saya telah mencuba hampir semua kaedah yang ada untuk atlet saya. Semakin cepat anda pulih, semakin banyak sesi latihan yang boleh dimuatkan dalam satu kitaran tertentu, dan ini akan meningkatkan prestasi anda pada hari pertandingan. Di sinilah cannabis menunjukkan kelebihannya. Saya dapati bahawa atlet saya (dari pelbagai jenis sukan) pulih dengan lebih cepat apabila menggunakan beberapa bentuk cannabis berbanding mereka yang tidak. Saya percaya ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang telah diterangkan sebelum ini", jelas Anthony Ricciuto lagi.

Walaupun banyak suplemen dan ubat peningkat prestasi mempunyai tujuan yang jelas, cannabis nampaknya memberi manfaat kepada atlet dalam pelbagai aspek. Ada atlet yang tidak pulih secepat orang lain selepas sesi latihan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti genetik, kaedah pemulihan, kualiti tidur, kekurangan nutrisi, dan tekanan luar. Kebanyakan Atlet-atlet didapati mendapat manfaat besar apabila mengambil dos cannabis setiap hari. Malah, ramai atlet yang biasanya memerlukan 72 jam untuk pulih antara latihan pergerakan atau bahagian badan tertentu boleh mengurangkan tempoh itu kepada 48 jam dengan menggunakan cannabis. Itu adalah peningkatan yang sangat ketara. Mengurangkan masa pemulihan sebanyak satu pertiga benar-benar menunjukkan kekuatan tumbuhan ini.

Seperti yang anda lihat, penggunaan cannabis menawarkan kelebihan besar kepada atlet yang bersaing dalam aspek pemulihan prestasi. Cannabis bukan sahaja boleh membantu dalam satu aspek, tetapi juga beberapa aspek berbeza yang mungkin diperlukan oleh seorang atlet untuk benar-benar memaksimumkan kadar pemulihan mereka. Inilah sebabnya menggabungkan protokol penggunaan cannabis yang dipandu dengan betul untuk atlet diperlukan agar mendapat kelebihan dalam persaingan. Semua atlet yang dikaji menggunakan cannabis adalah pengguna perubatan-marijuana yang sah dengan preskripsi doktor dan menerima ubat mereka daripada pengeluar berlesen.

Bukan sahaja cannabis menawarkan pendekatan pemulihan yang terbukti dan pelbagai, ia juga sepenuhnya tidak beracun. Jika anda seorang atlet yang sedang mempertimbangkan untuk menambah cannabis sebagai bantuan ergogenik dalam program pemulihan anda, inilah masanya untuk mencubanya sendiri dan meningkatkan prestasi anda ke tahap yang lebih tinggi.







Manfaat Terkini CBD untuk Atlet Profesional

Untuk melengkapkan lagi perbincangan tentang faedah cannabis dalam sukan, beberapa dapatan lain yang menarik turut menguatkan hujah mengapa semakin ramai atlet profesional beralih kepada penggunaan produk ini secara perubatan. Satu artikel ulasan dalam European Journal of Pain (2018) misalnya, menyebut bagaimana CBD telah menunjukkan potensi dalam mengurangkan sakit neuropatik yang sukar dirawat dengan ubat biasa. Bagi atlet yang terlibat dalam sukan yang sering menyebabkan trauma saraf, seperti ragbi atau seni mempertahankan diri, ini adalah kelebihan yang sangat bernilai.

Tambahan pula, laporan dalam Journal of Clinical Psychology (2020) turut mendedahkan bahawa CBD berpotensi membantu mengurangkan kebimbangan prestasi (performance anxiety) dalam kalangan atlet, terutamanya ketika menghadapi kejohanan besar. Dengan sifat anxiolytic semula jadi, CBD membantu menstabilkan mood dan memberi ketenangan minda tanpa kesan sampingan ubat penenang.

Dari sudut pemulihan mental pula, kajian dalam Frontiers in Psychiatry pada tahun 2021 mendapati CBD berpotensi menyokong proses pemulihan trauma psikologi akibat tekanan persaingan berterusan. Ramai atlet elit kini mula sedar bahawa prestasi optimum bukan hanya bergantung kepada kekuatan fizikal, tetapi juga kestabilan emosi dan mental.







Dapatkan Sokongan Pemulihan Anda Bersama Malaya Hemp

Bagi yang berminat mendapatkan produk cannabis yang berkualiti tinggi dan selamat, Malaya Hemp ialah antara penyedia yang dipercayai. Produk tincture CBD spektrum penuh, topikal, dan variasi lain dihasilkan dengan teliti daripada tanaman hemp UK yang diaudit secara berperingkat. Sama ada anda seorang atlet profesional, atau individu aktif yang mahu mencuba alternatif pemulihan semula jadi, Malaya Hemp menyediakan pilihan produk yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda.







Kesimpulan

Jelas sekali, cannabis bukan sekadar herba kontroversi tetapi kini menjadi sebahagian daripada strategi pemulihan moden. Dari menguruskan kesakitan, meningkatkan kualiti tidur, merangsang selera makan sehinggalah membantu pemulihan otot, sendi dan minda—semua ini membuka ruang baharu bagi atlet yang mahu kekal kompetitif. Jika anda benar-benar serius untuk memaksimumkan prestasi dan pulih dengan lebih cepat, produk CBD daripada Malaya Hemp boleh menjadi antara pelaburan terbaik untuk badan dan minda anda.



Post a Comment

To Top